Sunday, May 27, 2012
Saturday, May 26, 2012
nda bulih malas malas
For each (such person) there are (angels) in succession, before and behind him: They guard him by command of Allah. Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls). But when (once) Allah willeth a people's punishment, there can be no turning it back, nor will they find, besides Him, any to protect.
aku kena usah untuk kikis sifat pemalas dalam diri ini. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri. macam sifat malas ni, macam mana nak mumtaz kalau diri sendiri malas? bukan nya aku tak study langsung ke apa. tapi aku rasa aku lagi banyak buat benda yang tak patut dari aku study. masyaAllah, banyaknya aku buang masa.
aku tak nak menyesal di kemudian hari. aku tak nak, aku tak mau T__T
exam tinggal beberapa hari lagi. huhu.
tak boleh malas malas, kejayaan tu tidak datang dengan mudah, kau patut lebih tahu. so Andy Nurehan Adibah Binti Rahim yang RAJIN, apa yang anda tunggu lagi? unleash your potential, unleash your KERAJINAN tu bebeehhhhhh :D anda bolehhh!
Tuesday, May 22, 2012
:D
alhamdulillah, all praises to Allah, im still alive.
Bulan Rejab dah tiba :D Salam Rejab everyone! hehe bulan May tinggal beberapa hari lagi nak berlalu, tak sampai 2 minggu pun, hujung bulan May ni agak busy kot bagi aku, sebab time tulah nak exam practical iaitu pada 28 May ni, End of Modul MCQ Exam 2 June nanti, time tulah nak pindah rumah baru dah :D ok ini tak sabar! dah boleh dapat kunci rumah 28 May nanti, and officially moving out on 31st of May . so antara 28-31 tu boleh start pindah barang slow slow, lagipun barang kitorang pun bukannya banyak sangat.
alhamdulillah masalah rumah dah settle :D terima kasih Busyro :D love you, muah muah muah!
tadi baru siapkan assignment untuk this semester, word and power point. harap berjalan dengan lancar macam semester lepas insyaAllah, aminn.tarikh untuk present depan Professor tak confirm lagi, cuma nak bagi dia tengok kalau dah ok dan tak de benda nak ubah . hehe.
harini aku terlelap time petang, . dah dua hari tak lepak tepi laut, jog , semalam kelas dari 8 pagi sampai 4 petang, balik dah macam terhuyung hayang, brain exhaustion, harini pulak sumpah mengantuk tak ingat dunia. gara gara tidur lewat buat assignment semalam lah ni. haha hahah, hiperbola sunguh engkau rehan. haha.rasa tak bertenaga betul. tadi lepas tidur petang pun still mengantuk, apa ke he nye tu? XD
kalau nak cerita pasal study. emm. modul 5 ni tinggal 2 hari lagi nak khatam, memang almost habis dah, tinggal lecture 2 hari lagi untuk masuk lecture pasal Human Right and satu practical class untuk Histology of Spleen :D lepas habis syllabus , study leave, and the you go, another exam. :3 grr
memang modul ni jugak aku banyak mencederakan diri sendiri sebab, aku merelakan jari aku yang comel ni untuk dicucuk dengan jarum, mentang mentang modul Blood kan, semua experiment pun cucuk jari, Bleeding Time experiment, Coagulation Time Experiment, and Blood Group Test. Semua orang kena buat experiment ni. nasib buat kat tip of finger, bukan cucuk macam kita cucuk intravenous dan intramuscular. haha. cukuplah aku buat cucuk IV time nak medical checkup haritu. kalau buat cucuk macam IV untuk module ni, memang aku dulu yang lari hahahaa. nanti time practical exam akan ada buat satu experiment antara tiga experiments tu, tapi aku tak berani cucuk jari sendiri, nak mintak tolong orang lain cucuk lahh. seram kot.
yang best study medic ni, kita buat kat diri sendiri, tak buat kat benda tak hidup. hehehe. paham ke? hhehe
aku rasa, aku ni pelik, time nak nak dekat exam baru aku nak start tengok movie itu ini, padahal time free free dulu, yang baru lepas lepas exam tak nak tengok pulak! pelik betullahhhh ayyyo.
sorry bahasa aku agak tunggang langgang, menangis cikgu BM aku kalau dia baca blog aku ni, masyaAllah. macam ni pulak aku menulis ye. aku dah buat blog ni macam diary aku . aku nak cerita dgn family pun jauh, bukan selalu pun dapat skype, kadang2 sekali sebulan, kalau 2-3 kali tu memang maximum tahap cipan lah. for real. kalau ada benda aku stress ke gembira ke apa, memang blog is one of my ways to express it out selain connect dengan Allah, kakak2 dan kawan2 dekat sini. sepupu aku muniza pun sekarang deactivate FB since dorang nak final exam dah, skype pun jarang jarang jugak. so paham paham je lah eh, eceh, bunyi macam sedih je. XD
ok. salam people need to go now. doakan aku sentiasa rajin belajar eh :D
Saturday, May 19, 2012
We are Sabahan
tadi aku pergi mowassah jugak walaupun hari ini takda kelas, haii, memang kuat berjalan betul lah aku ni. tapi bersebab ye kawan kawan. haha. Pegawai Sabah di Mesir suruh budak Sabah ambil gambar, sebab apa pun tak tahu. haha. mostly kakak kakakdan abang2 ni tinggal di Asrama Yayasan Sabah yang terletak di kawasan Miami, jauhhhh dari tempat tinggal aku, thats why aku prefer duduk luar. heekk. senang ulang alik pergi kelas :D
so, inilah Sabahan di Alexandria, sebenarnya ada ja lagi tapi ada yang tiada, busy kot, ada yang tak sihat, ada yang join program. :D
ok, salamm people
orang itu
aku tahan diri aku daripada berhubung dengan kamu,
bukan berniat untuk memutuskan silaturrahim,
tapi sebab aku tahu jarak itu yang menjaga aku,
walaupun mungkin kau sendiri tidak sedar,
dan mungkin kau sendiri tidak tahu
kau adalah orang itu.
betapa sukar mujahadah itu,.. dan aku berjaya
but then, kau datang lagi.
kau mau aku react bagaimana?
Tuhan, tolong.
Friday, May 18, 2012
macam macam
assalamualaikum,
alhamdulillah, pagi tadi walaupun takda kuliah di universiti, aku tetap pergi universiti walaupun sebenarnya hari ini hari cuti. (bapak rajin kau jahhh, hahah ) haha sebab apa? sebab nak jumpa professor untuk our first meeting :D akhirnya dapat jugak tajuk assignment untuk semester kali ini, segala persoalan telah terjawab chewwaah :D assignment kali ini under Pathology Department, pelik jugak dapat assignment pasal Pathology lagi lagi tajuk assginment kami ni sebenarnya masuk dalam next module yang belum belajar lagi, tapi takpa :D
Group assignment pun dah ubah balik sebab number pelajar yang berubah :D tapi still jumpa muka muka ahli group assignment yang lama, hanya ada perubahan 2-3 orang .
Hi korang korang yang awesome! Selamat bekerjasama InsyaAllah! Semoga segala usaha kita diberkati dan dipermudahkan Allah :D
petang tadi pulak pergi berSC aka berbulatan hyperglycemic di Asrama MARA. hehe. best :D kumpul kumpul setelah dua minggu tidak berjumpa, tapi sedih jugak sebab ada yang tidak datang, huhu, tidak full house kali ini. tadi tadabbur surah An Nisaa, bincang Hadis keEmpat, cerita tentang Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi, dan tafsir surah At-Tariq. Asal berSC saje perut full, murabbi rajin masak untuk adik adik usrah, terima kasih kak Ami masak untuk kitorang, susah susah je, semoga Allah memberkati mu Kak Amirah Abdul Jalil :D
malam semalam pula sempat video call melalui facebook dengan kakak sendiri, Kak Ida yang berada di Perlis, outstation. serius lama gila tak video call dia, dia lama tak online sebab haritu dia outstation lama gila dekat Thailand, ada bengkel apa entah . hehe. Ya Allah, rindunya nak ke Penang. :D
ehh lupa nak tanya kakak sulung dah book flight tiket ke Sabah ke belum ni?
pe lagi nak cerita erk. ?
erm. Exam End of Module untuk Module Blood ni pun tingal lebih kurang 2 minggu je lagi, 2 minggu lagi nak pindah rumah baru, hmm, hujung bulan yang busy untuk aku, so ANDY, REHAN, ANNA, better watchout! studyyy wehh studyyyy!! jangan buang masa je kerja kauuuu! pahamkan, hadamkan ilmu ilmu tu!
Wednesday, May 16, 2012
Thursday, May 10, 2012
Alhamdulillah
Assalamualaikum :D
alhamdulillah, setelah berhempas pulas ke sana ke mari, memandangkan kontrak rumah yan aku duduk sekarang akan tamat pada hujung bulan May in, akhirya dapat jugak mencari rumah baru. Alhamdulillah, insyaAllah petang esok akan tandatangan kontrak, dan bayar apa benda yang patut.
rumah tu agak ok lah, paling ok antara rumah rumah yang kitorang pergi usha bersama simsar Baba Mahmood dan AJK Perumahan Batch, ada dalam 4 rumah jugak yang kitorang pergi tengok, dan actually rumah yang kitorang pilih tu adalah rumah pertama yang kitorang tengok, haha.
rumah first = 3 bilik, sewa 1500 genih dengan perabot, area Gamaahrumah kedua = ground floor, serius seram nak tinggal situ, macam bahaya sikit, kalau lelaki takpa kot, sewa 1300, 2-3 bilik, area Kem Sizarumah ketiga = rumah ni comel, tapi kecil, 2 bilik je, sewa 1200 genih, ground floor, area Kem Siza , tak berbaloirumah keempat = area Sporting Kubra, jauh sangat lah, tapi serius lawa gila, luas, 2 bilik, 4 katil, ada aircond, sesuai untuk rumah family, besar sangat rumah tu, sewa 1800, kitorang tak pilih sebab jauh :3 tak larat lah, lagi prefer duduk area area Ibrahimiyyah, Kem Siza, dan Gamaah je.
kelmarin dah jumpa mama tu, just bagi duit advance yang kitoran nak rumah tu, esok akan bayar sewa untuk bulan 6 dan duit takmin XD laju je duit mengalir bulan 5 ni . Alahai kami akan berpindah dari rumah ni bulan 6, semoga Allah mempermudahkan segalanya. InsyaAllah.
Summer is on its way. masuk waktu Maghrib pun dah semakin lambat. bumi saura kini semakin panas, muka dah start burn sebab selalu jogging tepi laut waktu petang, nanti kalau aku balik malaysia memang mak aku tak kenal kot. haha.
kalau balik dari universiti jalan kaki time tengah hari MasyaAllah, panas panas, kat sini awan kurang, cahaya matahari memang direct memancar ke muka. Memang niat di hati nak cari payung, pakai topi macam pelik pula dengan tudung tu. hahah.
sampai je rumah memang suis kipas adalah benda pertama yang aku cari. teringat novel ayat - ayat cinta, semasa Fahri dalam perjalanan untuk tallaqqi Al Quran bersama gurunya mengharungi panas terik mentari, kini aku mengerti perasaan itu, sedangkan sekarang masih lagi musim Spring, belum masuk summer lagi. huhu
aku insyaAllah akan berpuasa lebih dari seminggu di bumi Mesir ini pada bulan Ramadhan nanti memandangkan aku balik seminggu lewat dari tarikh bermulanya cuti Summer Break university, memang perlu bersedia mental dan fizikal sebab senior senior kata kami akan berpuasa lebih kemungkinan sehingga 18 jam.:3
bercakap pasal module, aku dah jatuh cinta dengan Module Blood, Immune dan Lymph ini, haha, interesting banget tauk! sila doakan aku supaya rajin study okayy! hehe,
mak bapak kakak anak buah sepupu sepapat rumah, rindu banget deh sama kamu! kapan bisa ketemu?
salam people, may Allah bless!
Sunday, May 6, 2012
simple salad
turning vegetarian today for my late lunch XD
salad is not bad after all :D
it was kind of simple actually to make it, i only used lettuce salad, baby tomatoes and small cut of onions, which i mixed with a teaspoon of mayo, salt and pepper to taste :D
i usually make salad for lunch since its kind of simple and less time needed to prepare it. haha but i tried to make a variety out of it, to make it less boring hehe. sometimes i make egg salad, sometimes i eat it with falafel but both are still delicious XD you should try it too!
Subscribe to:
Posts (Atom)








